Pola perkahwinan Islam_di_Norway

Kebanyakan orang Muslim lebih suka endogami, iaitu: berkahwin sesama kumpulan masyarakat mereka sendiri. Akan tetapi, ada perbezaan dalam pola perkahwinan antara masyarakat Muslim yang berlainan ini. Sekitar 75% orang Pakistan dan Turki berkahwin orang mereka sendiri yang dari luar Norway. Jumlah ini lebih sedikit dengan orang Maghribi (~70%), Somalia dan Iraq (50%-70%) dan Iran (30%-60%).

Pola perkahwinan dengan orang Norway berbeza juga. Sementara di kalangan lelaki dan wanita Iran 19% dan 16%, berkahwin dengan orang Norway, di kalangan lelaki dan wanita Iraq, 18% dan 4% melakukan yang sama. Di kalangan orang Pakistan kemunculan perkahwinan campur seperti ini jarang, dengan kurang daripada 4% berkahwin orang Norway.